Nov 1, 2013

#Sahabat


assalamualaikum semua :)

berzaman tak update blog . maka , lama jugak laa aku tidak berkongsi cerita .
aku busy hari tuh dengan study week + final exam .
after final exam aku busy uruskan tempat LI . fuhhh , penat + stress .
tapi penat lelah segala stress aku hilang sebab after a few days habis final exam terus pegi vacation . yeayyy !
nanti la aku cerita pasal vacation tuh . hahaha .

panjang nau mukadimah -.-' enough . lain hari boleh membebel lagi .
today nak sembang benda lain .


************************************************
*masuk mood penceritaan*
HARI RABU

got text from Faiz . 
"As , kakak aku dah meninggal . dia kena langgar time jalan kaki nak ke surau . mungkin nak kebumi malam nie jugak"

and i was like a bodoh person bila dapat text macam tuh .
aku langsung tak reply text tuh . aku hanya mampu diam . aku tak nangis . aku tak meraung .
tapi , aku hilang arah . aku tak tahu nak buat apa masa  tuh . aku masih pegang phone padang je phone tuh .

lepas beberapa minit dengan keadaan macam tuh . Mak aku tegur . "Kenapa?"
Me : "Zaty . dia dah meninggal . hantar pergi rumah Zaty jap."

seriously , time cakap dekat parents aku pun aku tak nangis tapi tuh laaa , cara aku cakap tuh macam orang takde perasaan takde jiwa . aku pun tak tahu kenapa .

selepas majlis selesai . baru aku menangis .
then , im realized . aku hilang satu semangat . satu kekuatan . seorang kakak . seorang "musuh" . seorang Sahabat .

Ya Allah . time tuh laa . aku rasa kosong gila . aku tak kuat . hilang segala kekuatan aku .
airmata time tuh tak segan silu mengalir .

Mak : "Bangun laaaa ! tolong mak kejap ."
Me : "Errr , hmmmm . ." *ambil masa nak buka mata . berfikir . Syukur . Ianya mimpi . fuhh !*

CERITA ITU HANYA MIMPI SEMATA MATA . 

selepas aku bangkit dari tidur . aku sedar itu hanya mimpi . bersyukur sangat .
dan sebenarnya mimpi itu sangat memberi kesan dekat aku .
even mimpi tapi perasaan tuh Allah jea yg tahu .
aku terfikir macam mana kalau one day aku hilang seorang Sahabat ?
ya allah . sungguh aku tak kuat .


kau tahu tak Zaty .

aku perlukan kau dalam hidup aku .
kau separuh dari semangat aku .
kau separuh dari kekuatan aku .
kau orang yang selalu ada setiap jatuh bangun aku , bahagia derita aku .
kau yang selalu bagi aku nasihat , tegur aku .
kau jugak yg selalu memotivasikan aku .
kau la orang yg rajin layan perangai aku .
8 tahun kita berkawan . kita bersahabat . 
8 tahun yang banyak mengajar kita erti persahabatan .
thanks Allah .
syukur .
aku d temukan seorang sahabat yang bagi aku cukup baik and very understanding .
alhamdulillah .

semoga Allah memanjangkan umurmu wahai sahabatku :')
AKU SAYANG KAU !

***********************************************************

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)